Profile Picture

Nur Alia *******

(Online & Physical)

Sarjana Muda - Bachelor Of Human Sciences In Communication

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Gombak) (Graduated)

Pontian, Johor

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Nama saya Alia Syazwani. Saya adalah graduan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) dalam bidang Komunikasi. Saya berminat untuk mengajar subjek Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu untuk pelajar sekolah rendah. Falsafah pengajaran saya adalah untuk menarik minat pelajar dengan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan selamat, di mana mereka boleh membuat kesilapan dan belajar daripadanya. Saya seorang yang mudah bergaul namun mempunyai karakter yang teguh pendirian untuk berinteraksi dengan baik bersama kanak-kanak.

Saya juga percaya bahawa komunikasi yang berkesan adalah kunci untuk pembelajaran yang berjaya. Saya akan membantu pelajar berkomunikasi dengan lebih baik melalui pendekatan interaktif dan aktiviti yang melibatkan perbualan, perbincangan kumpulan, dan permainan pendidikan. Dengan cara ini, pelajar dapat meningkatkan kemahiran komunikasi mereka dalam suasana yang positif dan menyokong.

Teaching Method(s)
Saya akan mempraktikkan perbualan harian dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu untuk meningkatkan kemahiran komunikasi pelajar dalam situasi sebenar.Saya juga akan memberi penilaian berterusan melalui latihan dan kuiz pendek. Saya juga bakal memberi maklum balas konstruktif untuk membantu pelajar memahami kekuatan dan kelemahan mereka serta cara untuk memperbaikinya. Nota ringkas juga bakal disediakan untuk rujukan para pelajar sebagai bahan bantuan pembelajaran.
Subject
Subject School Level
Bahasa Melayu Darjah 3, Darjah 2, Darjah 1, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Bahasa Inggeris Darjah 3, Darjah 2, Darjah 1, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Membaca - BI Darjah 2, Darjah 1
Membaca - BM Darjah 2, Darjah 1