Profile Picture

Nur Syuhada *******

(Online & Physical)

Sarjana(master) - Gastronomi

Universiti Teknologi MARA (Shah Alam) (Graduated)

Shah Alam, Selangor

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya adalah seorang yang sabar dan bersemangat dalam mendidik dan membantu pelajar mencapai potensi mereka sepenuhnya. Menggunakan pengalaman dalam bidang pengajaran sebelum ini, saya mengamalkan pendekatan yang berfokus pada keperluan individu, dengan memberi tumpuan kepada perkembangan akademik, keupayaan kritis, dan kepercayaan diri mereka. Saya menggunakan pendekatan yang berperingkat dan berpusatkan pelajar, memastikan setiap sesi pembelajaran disesuaikan dengan keperluan dan gaya pembelajaran unik setiap pelajar. Saya turut mengutamakan penilaian formatif dan memberikan maklum balas yang konstruktif untuk memastikan pemahaman yang mendalam.Saya berharap dapat membantu pelajar mencapai matlamat akademik mereka dan membina keupayaan belajar sepanjang hayat.
Teaching Method(s)
Bahan pembelajaran saya gunakan termasuk nota, lembaran kerja dan latihan, kuiz dan ujian. Jika sesuai dengan subjek, saya menggunakan gambar, video, atau bahan audiovisual untuk menjelaskan konsep-konsep yang kompleks agar mempermudahkan pembelajaran dan pemahaman pelajar. Saya menerapkan penilaian formatif dan memberikan maklum balas secara berterusan melalui kuiz, soalan lisan, atau tugasan untuk manilai tahap penguasaan pelajar. Pendekatan yang saya gunakan berperingkat, disesuaikan dengan kecerdasan dan tahap kesukaran subjek. Saya menggalakkan pelajar untuk mengambil bahagian dalam membuat keputusan kecil dalam pembelajaran, seperti memilih topik untuk perbincangan. Selain itu, saya menghubungkannya dengan contoh-contoh dalam kehidupan sebenar atau perkembangan semasa yang relevan untuk memperkuat pemahaman mereka terhadap mata pelajaran yang dipelajari. Sekiranya ia bersesuaian dengan topik.
Subject
Subject School Level
Bahasa Melayu Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Sains Darjah 2, Darjah 3
Membaca - BM Darjah 2, Darjah 3
Perniagaan Universiti - Diploma