Profile Picture

Aliya Balqis

(Online)

Asasi/a-level - Life Sciences

Universiti Malaya (Pantai Dalam) (Graduated)

Kajang, Selangor

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Hai saya Aliya. Saya merupakan pelajar lepasan asasi sains hayat di Universiti Malaya tahun 2023/2024 dan baru sahaja menamatkan pelajaran disitu. Subjek yang saya ambil ialah subjek biologi,kimia,fizik dan matematik. Saya juga telah mendapat 9A dalam SPM dari sekolah Maahad Integrasi Tahfiz Selangor. Justeru saya juga boleh mengajar subjek agama seperti Usuluddin,bahasa arab,syariah dan juga mengajar ngaji. Minat saya terhadap mengajar sangat mendalam sejak kecil lagi. Oleh itu,saya amat berdedikasi untuk menjadi cikgu yang terbaik yang boleh mengajar anak muridnya dengan efektif.
Teaching Method(s)
Saya amat menekankan komunikasi dua hala agar mendapat respon yang saya inginkan. Saya tahu pembelajaran agak membosankan jadi saya akan gunakan sedikit hiburan agar murid-murid tidak bosan. Saya juga akan mengadakan sedikit permainan untuk menarik minat murid-murid dalam subjek itu. Saya percaya guru yang bagus juga adalah guru yang prihatin terhadap anak muridnya,oleh itu sesiapa sahaja yang mempunyai masalah adalah digalakkan untuk bertanya lebih lanjut atau meluahkan apa yang patut. Saya menerima segala kritikan kerana saya yakin itulah yang akan membuatkan saya menjadi lebih baik daripada sekarang.
Subject
Subject School Level
Mengaji - Iqra Darjah 6
Mengaji - Al-Quran Darjah 6
Sejarah Darjah 6
Sains Darjah 6
Bahasa Melayu Darjah 6