Saya merupakan seorang lepasan asasi Sains Fizikal dan Teknologi. Saya merupakan seorang yang tegas dan berdisiplin. Saya seorang yang amat berdedikasi dan bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu. Saya seorang yang berpikiran positif dan suka memberi motivasi dan semangat kepada diri sendiri dan orang lain.
Teaching Method(s)
Saya suka menggunakan cara yang pelajar-pelajar selesa dan mudah faham. Cara saya mengajar bergantung dan berbeza mengikut pelajar-pelajar selagi mana cara tersebut seronok, menarik dan menjadikan pelajar lebih senang dan cepat faham. Saya suka untuk menjadikan kelas atau sesi pembelajaran menarik dan efektif. Saya amat berbesar hati dan teruja untuk terlibat dalam membantu anak-anak bangsa untuk lebih cemerlang dalam pelajaran.