Profile Picture

Nabil Aniq *******

(Online)

Sarjana Muda - Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu

Universiti Pendidikan Sultan Idris (Ongoing Study)

Kulai Jaya, Johor

Fakulti Pendidikan

Tutor Training

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya cikgu Nabil Aniq Saya merupakan pelajar sarjana muda pendidikan bahasa Melayu yang masih menuntut di UPSI dalam bidang perguruan. Saya pernah menjadi guru ganti di sebuah sekolah swasta di Sekolah Rendah Islam Ibnu Nafis dan mengajar subjek bahasa Melayu dan subjek yang berkaitan keagamaan seperti Ibadat,Akhlak,Tajwid dan sebagainya selama dua bulan. Saya juga minat dalam mengajar pelajar. Selain itu,saya juga sering dijemput untuk memberikan motivasi atau hala tuju kepada pelajar dalam menghadapi dunia pendidikan. Oleh itu, saya pakar dalam meningkatkan motivasi para pelajar untuk terus bersemangat mengejar cita-cita dan matlamat. Subjek bahasa Melayu merupakan subjek major saya dalam dunia pendidikan di UPSI, manakala Kesusasteraan Melayu merupakan subjek minor. Saya juga pakar dalam meningkatkan motivasi dan disiplin dalam kalangan pelajar. Nak anak skor cemerlang serta tingkatkan keyakinan anak anda? Hubungi saya hari ini.
Teaching Method(s)
Berdasarkan pengajian saya di UPSI dalam bidang perguruan ini,saya telah diterapkan untuk menyediakan teknik pengajaran yang efektif dan berkesan kepada para pelajar. Oleh itu, antara teknik yang digunakan saya dalam sesi pembelajaran dan pengajaran adalah kaedah Bahan Bantu Mengajar/penyediaan slide yang ringkas. Selain itu, dalam pengajaran saya juga, saya akan menggunakan teknik komunikasi dua hala antara guru dan pelajar supaya wujudnya komunikasi antara guru dan pelajar semasa kelas. Saya juga suka menggunakan teknik didik hibur agar kelas tidak akan bosan dan menyeronokkan.
Subject
Subject School Level
Bahasa Melayu Darjah 6, Darjah 5, Darjah 4, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, STPM - Tingkatan 6