Profile Picture

Muhammad Afiq *******

(Physical)

Diploma / Stpm - Diploma In Communication And Media Studies

Universiti Teknologi MARA (Alor Gajah) (Graduated)

Seremban, Negeri Sembilan

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya Cikgu Afiq. Saya bervisi untuk mengangkat darjat warga Malaysia dengan memartabatkan kembali budaya pengamatan dan kefahaman terhadap ilmu Agama, Bahasa, dan segenap ilmu pengetahuan dalam berbagai bidang. Saya merupakan seorang Guru KAFA yang menitikberatkan kepentingan praktikaliti ilmu pengetahuan dalam kehidupan seharian, bukan sekadar memuntahkan kefahaman dan hafalan di dewan peperiksaan lalu meninggalkan sekolah tanpa membawa impak yang jitu ke dalam hidupan pelajar. Saya juga merupakan seorang penulis puisi, lagu, dan skrip.
Teaching Method(s)
Setiap manusia mempunyai kebolehan yang mungkin belum diterokai, dan saya sangat berbesar hati ingin menjadi pembuka jalan kepada pintu-pintu potensi yang mungkin belum pelajar ketuk, apatah lagi memasuki dan merasakan kenikmatan berada di landasan yang sesuai dengan keberadaan pelajar di dunia ini. Saya menekankan konsep VAK iaitu visual, auditori, dan kinestetik untuk setiap seorang pelajar yang berbeza kemampuan dan daya pemikiran mereka. Saya juga mementingkan kondisi mental pelajar yang stabil dalam sesi pembelajaran demi menekuni setiap apa yang dipelajari dengan menyuntik hiburan, kreativiti, dan keseronokan dalam sesi pembelajaran.
Subject
Subject School Level
Mengaji - Iqra Tingkatan 4, Tingkatan 5, Tingkatan 3
Membaca - BM Tingkatan 4, Tingkatan 5
Bahasa Melayu Tingkatan 4, Tingkatan 5, Tingkatan 3
Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah Tingkatan 4, Tingkatan 5
Pendidikan Syariah Islamiah Tingkatan 4, Tingkatan 5
Mengaji - Al-Quran Tingkatan 4, Tingkatan 5, Tingkatan 3
Communication & Writing Tingkatan 4
P. Islam Tingkatan 5
Usuluddin Tingkatan 3