Profile Picture

Siti Nur *******

(Online)

Sarjana Muda - Pengajian Quran Dan Sunnah

Universiti Sains Islam Malaysia (Graduated)

Ayer Lanas, Kelantan

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Hai, saya Cikgu Hanis. Saya berpengalaman selama tujuh bulan dan lebih menjadi guru yang berwibawa dan berpengalaman mengajar pelajar sekolah rendah. Dalam bidang pendidikan. Pendidikan Islam adalah mata pelajaran utama saya, manakala Bahasa Arab adalah mata pelajaran minor saya. Saya seorang pendidik yang boleh melahirkan 'kemenjadian murid' kerana kemahiran saya dalam mendidik bukan sahaja dalam segi pendidikan tapi juga dalam segi adab dan disiplin pelajar. Saya juga pernah menjadi guru ganti di sekolah rendah dan guru tuisyen di pusat tuisyen. Selain itu, saya pakar meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pelajar dalam belajar. Adakah anda mencari tutor seperti saya? Hubungi saya segera.
Teaching Method(s)
Walaupun agak baharu saya dalam dunia pendidikan,tetapi saya mampu memberikan komitmen yang sesuai kerana pengalaman saya selama tujuh bulan dalam bidang pendidikan. Bergantung kepada kebolehan pelajar, saya menggunakan kaedah yang menarik. Untuk mencapai matlamat pembelajaran saya, saya juga menggunakan kaedah didik hibur. Bergantung kepada keperluan topik, saya mahir dalam pendekatan soal jawab iaitu mengajar secara dua hala. Saya menggunakan pelbagai kaedah untuk memastikan pelajar memahami apa yang saya ajar. Sebagai pendidik, matlamat saya adalah untuk memastikan pelajar-pelajar seronok belajar dan berjaya dalam peperiksaan dan juga berpuas hati dengan pencapaian mereka.
Subject
Subject School Level
Fardhu Ain Tadika
Mengaji - Iqra Tadika, Darjah 1
Matematik Tadika, Darjah 1
Membaca - BM Darjah 1
Bahasa Melayu Darjah 1
P. Islam Darjah 1
Bahasa Arab Darjah 1, KAFA - Darjah 5
Mengaji - Al-Quran Darjah 1
Lughatul Quran KAFA - Darjah 5