Profile Picture

Nurhazirah Binti *******

(Online & Physical)

Sarjana Muda - Malay Language For Professional Communication

Universiti Teknologi MARA (Shah Alam) (Graduated)

Putrajaya, WP Putrajaya

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya Cikgu Zira. Saya merupakan seorang tutor yang mempunyai pengalaman selama 2 tahun dalam mendidik pelajar sekolah rendah. Saya juga mempunyai pengalaman dalam mengajar pelajar yang berumur 4 hingga 6 tahun. Subjek bahasa Melayu merupakan subjek major saya dalam dunia pendidikan, manakala bahasa Inggeris merupakan subjek minor. Saya berupaya untuk membangunkan pembelajaran kreatif serta berpengetahuan cemerlang dalam kaedah pengajaran asas. Selain itu, saya juga mampu menyampaikan maklumat dengan jelas dan teratur supaya pelajar lebih mudah untuk menerima segala maklumat dan pembelajaran yang ingin disampaikan. Saya juga pakar dalam meningkatkan motivasi dan disiplin dalam kalangan pelajar. Bersama, kita bisa mencapai target belajar anak anda dengan lebih mudah dan menyenangkan!
Teaching Method(s)
Mewujudkan sesi pembelajaran yang menyeronokkan dan menarik melibatkan penggabungan aktiviti interaktif, menggunakan pelbagai kaedah pengajaran, dan mengekalkan suasana yang positif dan menggalakkan pelajar supaya lebih berminat untuk belajar. Saya menggunakan teknik pembelajaran gamifikasi iaitu mengaplikasikan supaya lebih menyeronokkan seperti menggunakan Kahoot bergantung kepada keupayaan para pelajar. Selain itu, saya juga menggunakan kaedah pengajaran didik hibur supaya bembelajaran lebih menyeronokkan dan pelajar tidak mudah bosan.
Subject
Subject School Level
Prasekolah - 3M Tadika
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Membaca - BI Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Membaca - BM Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Bahasa Melayu Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Bahasa Inggeris Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5