Profile Picture

Nurul Izzati *******

(Online & Physical)

Sarjana(master) - Sarjana Sains Pengurusan Dan Pemantauan Persekitaran

Universiti Kebangsaan Malaysia (Graduated)

Kajang, Selangor

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Assalamualaikum & Salam sejahtera kepada semua ibu bapa , penjaga & pelajar.
Saya seorang tutor berpengalaman sejak 2016 untuk subjek Sains & Biologi.
Saya mula menceburkan diri dalam bidang pendidikan semasa tamat program Sarjana pada tahun 2016. Selama setahun saya menjadi guru sandaran tidak terlatih di SMK di Melaka. 2017 sehingga 2022 saya menjadi tutor sepenuh masa di sebuah Pusat Tuisyen yang terkenal di Bangi.
Motto saya sebagai pendidik adalah "Belajar dari hati inshaallah jadi".

Teaching Method(s)
Teknik pengajaran yang sy terapkan adalah berbeza antara satu pelajar dengan pelajar yang lain, bergantung kepada tahap kefahaman.

Bagi pelajar lemah, kebanyakan mereka kurang minat dengan subjek ini, kurang membaca dan kurang latihan. Jadi pelajar akan diajar basic cara membuat nota ringkas , akronim dan teknik menghafal yang menarik kemudian memperbanyakkan latihan.

Untuk pelajar tahap sederhana, kebanyakan mereka sudah ada konsep awal dan lemah di beberapa bahagian subtopik, kurang latihan & teknik menjawab soalan peperiksaan. Latihan yang bersasar dan penekanan teknik menjawab soalan akan membantu pelajar cemerlang dalam subjek ini.

Jangan lambat untuk hubungi saya. Izinkan saya bantu anak tuan/puan.
Subject
Subject School Level
Sains Darjah 6, Darjah 5, Darjah 4, Darjah 3, Tingkatan 3, Tingkatan 2, Tingkatan 1, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Biologi - Bahasa Melayu Tingkatan 4, Tingkatan 5
Biologi - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 4, Tingkatan 5
Matematik Darjah 6, Darjah 5, Darjah 4, Darjah 3