Profile Picture

Nur Adawiah *******

(Physical)

Sarjana Muda - Bahasa Gunaan Bahasa Melayu Komunikasi Profesional

Universiti Teknologi MARA (Shah Alam) (Graduated)

Putrajaya, WP Putrajaya

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Hi, Assalamualaikum!
Saya merupakan graduasi Bahasa Gunaan Bahasa Melayu Komunikasi Profesional, UiTM Shah Alam. Subjek bahasa Melayu merupakan subjek teras sewaktu mengambil ijazah dahulu, dan Pengajian Perniagaan merupakan matapelajaran sampingan. Mempunyai sarjana muda dalam bidang ini, saya telah mempelajari dengan lebih mendalam tentang tatabahasa, linguistik, sosiolinguistik, kosmologi, penterjemahan dan banyak lagi. Saya tidak mempunyai pengalaman mengajar secara formal, tetapi kerja hakiki saya bersama Teach For Malaysia memberi peluang kepada saya untuk tutor pelajar-pelajar RPT pada hujung minggu melalui program The Education Recovery Tutoring Initiative(ERTI) yang merupakan program bersama Yayasan Hasanah.

Teaching Method(s)
Saya lebih menyukai cara mengajar secara 'one-to-one' atau secara berkumpulan kecil. Hal ini membolehkan saya menumpukan perhatian kepada pelajar tersebut, dan juga boleh menguatkan hubungan antara saya dan pelajar supaya mereka selesa untuk belajar dan tidak berasa segan untuk bertanya soalan. Selain itu, saya juga berpendapat jika pengajaran boleh dibuat secara interaktif, di mana aktiviti sampingan yang kreatif berkenaan subjek diselitkan. Saya percaya bahawa cara ini dapat menarik perhatian dan minat pelajar terutama pelajar dari sekolah rendah dan prasekolah. Saya juga akan menggunakan pelbagai jenis latihan selari dengan kemajuan teknologi semasa untuk mengelakkan pelajar bosan dan demi kemenjadian pelajar yang holistik!
Subject
Subject School Level
Mengaji - Iqra Tadika
Bahasa Melayu Tadika, Darjah 3
Membaca - BM Darjah 1
Bahasa Inggeris Darjah 1
Matematik Darjah 1