Profile Picture

Siti Hajar *******

(Online & Physical)

Sarjana Muda - Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kimia) Dengan Kepujian

Universiti Pendidikan Sultan Idris (Ongoing Study)

Kuching, Sarawak

Fakulti Pendidikan

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya Cikgu Hajar. Saya merupakan seorang graduan pendidikan daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kimia) dengan kepujian). Saya berpengalaman mengajar sebagai guru praktikum selama tiga bulan di dua buah sekolah masing - masing. Subjek Kimia merupakan subjek major saya dan subjek matematik merupakan subjek minor saya. Saya juga boleh mengajar bagi subjek sains. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi serta bersemangat tinggi dalam membantu anak didik saya untuk mencapai keputusan yang cemerlang. Saya juga mempunyai kemahiran komunikasi yang baik bagi memastikan kelas yang dijalankan dapat berlaku secara efektif. Anak-anak anda ada masalah dengan subjek Kimia, Sains atau Matematik atau ingin skor bagi subjek ini? Hubungi saya.
Teaching Method(s)
Saya menerapkan teknik-teknik yang menarik bergantung kepada keupayaan para pelajar. Saya juga mengaplikasikan teknik didik hibur dalam mencapai objektif pembelajaran. Pendekatan peta minda merupakan kepakaran
saya bergantung kepada keperluan subjek. Modul - modul latihan akan diberikan bagi mencapai objektif pembelajaran. Slaid pengajaran yang menarik digunakan untuk menarik perhatian pelajar.
Subject
Subject School Level
Matematik Tingkatan 4, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Sains Tingkatan 4, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3