Profile Picture

Husna Binti *******

(Online & Physical)

Sarjana(master) - Architecture

Universiti Teknologi MARA (Puncak Alam) (Graduated)

Semenyih, Selangor

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Hai! Saya Husna, dan saya amat komited membantu pelajar dalam pendidikan bagi mencapai potensi penuh mereka. Beberapa tahun yang lalu, saya pernah berkesempatan untuk menjadi tutor di sebuah pusat tuisyen untuk pelajar sekolah rendah dan menengah dalam sesi pengajaran berkelompok dan terutama sekali secara perseorangan kepada pelajar yang amat memerlukan panduan dalam subjek tertentu. Pengalaman ini amat memberi kepuasan kerana saya dapat melihat sendiri perkembangan dan kemajuan murid-murid saya. Saya pernah ditugaskan untuk mengajar subjek Bahasa Ingeris, Matematik dan Sains manakala bagi pelajar sekolah menengah saya telah membantu mereka dalam subjek Matematik Tambahan. Kepada pelajar yang ingin tingkatkan prestasi pelajaran, saya sedia untuk membantu anda. Jadikan saya sebagai tutor anda hari ini!
Teaching Method(s)
Pendekatan saya dalam tuisyen melibatkan mencipta persekitaran yang menyokong dan menarik di mana pelajar berasa selesa untuk bertanya dan meneroka konsep-konsep baru. Saya percaya dalam menyesuaikan gaya pengajaran saya untuk memenuhi keperluan unik setiap pelajar, memastikan mereka tidak hanya memahami bahan pembelajaran tetapi juga membangunkan keyakinan dalam keupayaan mereka sendiri. Saya juga pernah menjadi seorang pelajar jadi saya juga akan membantu pelajar saya tips dan cara untuk skor dalam subjek subjek tertentu. Penting bagi saya apabila pelajar yang menggunakan khidmat saya sebagai guru tambahan telah pun menunjukkan hasil peningkatan dalam skor peperiksaan sekolah mereka.
Subject
Subject School Level
Matematik Darjah 6, Darjah 5, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Bahasa Inggeris Darjah 6, Darjah 5, Tingkatan 1
Sains Darjah 6, Darjah 5, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Matematik Tambahan Tingkatan 4