Profile Picture

Muhammad Syahrul *******

(Online & Physical)

Sarjana Muda - Sarjana Muda Pendidikan Sains (Kepujian) Fizik

Universiti Teknologi MARA (Puncak Alam) (Ongoing Study)

Jerantut, Pahang

Fakulti Pendidikan

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya seorang tutor yang mempunyai semangat tinggi untuk memastikan anak didik saya dibantu supaya mereka akan memperoleh ilmu yang bermanfaat sekali dapat memastikan mereka peroleh keputusan yang cemerlang. Untuk menarik minat pelajar saya perlu memastikan kaedah pembelajaran yang saya gunakan sangat dekat dengan para pelajar sesuai dengan usia dan tahap mereka. Saya juga akan memastikan saya mengambil hati anak didik saya untuk memastikan diri mereka dekat untuk belajar.

Saya mampu menjadikan pembelajaran menjadi menarik dan tidak bosan. Sebagai contoh, saya pernah mengajar fizik dan mengubah lirik lagu mengenai topik lalu menyanyikan lagu tersebut sambil bermain gitar didalam kelas bersama pelajar. Hal ini membantu memudahkan pelajar mengingati topik dengan efektif.

Saya juga mempunyai kemahiran yang diperlukan untuk menyampaikan maklumat dengan jelas dan mudah difahami kepada pelajar untuk membantu dalam pencapaian akademik mereka. Dengan komitmen saya terhadap pembelajaran dan perkembangan pelajar, saya yakin dapat memberikan bantuan yang bermakna kepada pelajar untuk mencapai potensi maksimum dalam pembelajaran. Jadi, saya merupakan tutor yang anda cari!

Teaching Method(s)
-Bahan Bantu Mengajar yang menarik
Saya mampu menyediakan bahan bantu mengajar yang menarik mengikut topik yang diajar. Sebagai contoh, saya mereka dan membuat model yang bersesuaian dengan tajuk dalam sains dan fizik khususnya. Hal ini memudahkan saya menerangkan tentang konsep sains dan fizik kepada anak didik.

-Teknik menjawab soalan:
Saya mampu menyediakan soalan contoh , latih tubi, past year questions dan menjelaskan kepada anak didik teknik menjawab yang berkesan.

-Menyediakan nota berwarna-warni:
menarik minat pelajar dan memudahkan pelajar mengulangkaji pelajaran.

-Menyediakan quiz santai dan menarik seperti quiziz.

-Menyediakan visual yang menarik seperti gambar dan video mengenai topik yang diajar.

-Mampu menjadi pengajaran dan pembelajaran menarik melalui nyanyian lagu dan gitar
Subject
Subject School Level
Fizik - Bahasa Melayu Tingkatan 4, Tingkatan 5
Sains Tingkatan 2, Tingkatan 1, Tingkatan 3
Sejarah Darjah 4, Tingkatan 2
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Tingkatan 1