About Me
Saya merupakan seorang pelajar jurusan sains pertanian. Saya juga berminat untuk menjadi seorang tutor kerana mempunyai semangat tinggi dan produktif. Matlamat saya adalah untuk membantu pelajar-pelajar saya untuk mencapai keputusan yang cemerlang. Saya juga seorang yang berperwatakan ceria dan ramah. Saya akan memastikan pelajar-pelajar saya mencapai matlamat mereka dalam mendapatkan keputusan yang cermelang. Saya juga akan sentiasa mencari cara baharu untuk setiap pengajaran supaya pembelajaran lebih menarik dan kondusif. Pembelajaran pelajar akan jadi lebih menarik sekiranya saya menjadi tutor!
Teaching Method(s)
Saya mengunakan kaedah flash card dan mind mapping sebagai alternatif untuk memahami konsep asas yang berkaitan dengan lebih mudah. Dengan cara ini, pelajar akan lebih fokus dan senang untuk faham. Saya juga menyediakan teknik yang mudah untuk memastikan pelajar saya dapat menguasai kemahiran yang diperlukan. Video-video akan dipaparkan seperti teknik-teknik pemangkasan dan merumpai untuk membantu pemahaman yang lebih jelas. Saya juga menyediakan pop quiz yang menarik sepanjang kelas dalam talian.