Profile Picture

Husna Zarifah *******

(Online & Physical)

Sarjana Muda - Pendidikan Sekolah Rendah

Institut Pendidikan Guru (Graduated)

Ulu Tiram, Johor

Institut Perguruan

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Nama diberi Husna Zarifah binti Mohd Alfadilalah. Saya merupakan guru terlatih yang telah berpraktikal di sekolah dalam tempoh 6 bulan. Saya berpengalaman mengajar pelbagai tahap kognitif murid sama ada lemah, sederhana dan baik. Saya juga berhadapan dengan murid-murid yang mempunyai pelbagai karakter dan gaya pembelajaran yang berbeza-beza. Saya sangat gemar memberikan motivasi intrinsik dan ekstrinsik kepada murid-murid sama ada berbentuk ganjaran luaran atau kata-kata motivasi. Hal ini kerana, selain teknik dan gaya belajar yang berkesan, motivasi belajar juga sangat penting diterapkan dalam diri murid-murid.
Teaching Method(s)
Saya mempunyai teknik pengajaran yang fleksibel bergantung kepada kecenderungan dan teknik belajar murid. Antaranya, saya menerapkan teknik pembelajaran didik hibur. Murid akan dapat menerokai sesi pembelajaran dengan kaedah seni, muzik dan pergerakan. Contohnya, subjek melibatkan fakta seperti Sejarah atau Pendidikan Islam, murid dapat mengingati maklumat penting melalui bentuk nyanyian. Teknik lain seperti teknik pembelajaran kritis iaitu saya akan menguji tahap kognitif murid-murid dengan pelbagai persoalan mencabar minda. Seperti subjek Sains dan Matematik yang memerlukan pemikiran kritis dan kreatif.
Subject
Subject School Level
Mengaji - Iqra Darjah 6, Tadika, Darjah 3
P. Islam Darjah 6, Darjah 3
Bahasa Arab Darjah 6, Darjah 3
Matematik Tadika, Darjah 3
Membaca - BM Tadika
Jawi Tadika