Profile Picture

Nur Aina *******

(Online & Physical)

Sarjana Muda - Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Pengurusan Pangkalan Data) Dengan Kepujian

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (Durian Tunggal) (Ongoing Study)

Hulu Langat, Selangor

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Assalamualaikum dan hai ! Nama saya Nur Aina . Saya merupakan pelajar ijazah sarjana muda tahun kedua di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan mengambil bidang Sains Komputer (Pengurusan Pangkalan Data) . Saya amat teruja untuk berkongsi ilmu dan kaedah belajar bersama anak murid saya agar anak murid saya dapat memahami dan mendalami apa jua ilmu yang mereka ingin pelajari. Saya seorang yang berdedikasi dalam melakukan sesuatu dan saya akan berusaha dalam membantu anak murid saya. Saya akan cuba sedaya upaya untuk memastikan anak murid saya dapat memahami ilmu yang saya sampaikan dan membantu mereka mencapai apa jua impian mereka . Disamping bidang pendidikan, saya juga akan membantu anak murid saya bahagikan masa mereka supaya pelajaran mereka seiring dengan kehidupan seharian mereka. Saya juga akan memastikan kesihatan mental anak murid saya terjaga dan anak murid saya tidak akan tertekan ketika belajar . Saya merupakan seorang yang ceria dan bertoleransi dengan semua lapisan umur tetapi jika ketegasan itu satu keperluan dalam mendidik maka saya akan berlaku tegas. Mari ajak anak-anak tuan/puan untuk menimba ilmu bersama saya dan jadikan saya tutor mereka!
Teaching Method(s)
Teknik pengajaran saya ialah memberi tunjuk ajar dahulu tentang subjek atau topik yang hendak dipelajari. Kemudian memberi modul latihan kepada pelajar sambil memantau jalan kerja yang dibuat oleh pelajar. Dalam pada yang sama , saya akan membantu jika pelajar terdapat kekeliruan ketika melalukan latihan .

Terutama dalam kaedah kira-kira adalah yang pertama dengan memberi pendedahan amat mendalam terhadap asas-asas konsep matematik terlebih dahulu. Saya akan membantu pelajar dan memberikan contoh-contoh yang praktikal dan latihan yang melibatkan situasi sebenar dalam kehidupan.
Subject
Subject School Level
Sains Komputer Tingkatan 4, Tingkatan 5
Matematik Tingkatan 1, Darjah 3, Darjah 4
Membaca - BM Darjah 3
Sejarah Tingkatan 4