Profile Picture

Siti Aisyah *******

(Online)

Sarjana Muda - Science (Hons.) Biology

Universiti Teknologi MARA (Puncak Alam) (Ongoing Study)

Machang, Kelantan

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya Cikgu Aisyah. Saya berpengalaman sebagai tutor yang berdaftar pada Ogos 2023. Subjek Sains merupakan subjek major saya. Saya juga pernah mengajar subjek Sejarah Tingkatan 2 dan Tahun 6, Jawi Tahun 4 dan Bahasa Melayu untuk calon SPM ulangan secara persendirian. Saya merupakan seorang guru yang tegas namun mudah didekati (approachable), menyebabkan pelajar lebih bersemangat dalam pembelajaran dan tidak takut untuk bertanya topik yang tidak difahami. Saya juga seorang yang ceria, pandai menarik minat pelajar untuk belajar dan mengenal gaya pembelajaran pelajar dengan baik. Pelajar yang memperoleh keputusan akademik, kokurikulum dan sikap yang semakin baik merupakan visi dan misi saya sebagai seorang pendidik. Mencari tutor yang mampu membantu pembelajaran dan meningkatkan keyakinan anak anda? Hubungi saya.
Teaching Method(s)
Saya menggunakan kaedah teka teki dan peta minda untuk menarik minat pelajar, dalam masa yang sama ia tidak mudah bosan dan membantu pelajar untuk mengasah pemikiran kritikal dan kreatif mereka. Saya juga menerapkan pelbagai gaya pembelajaran untuk menyesuaikannya dengan gaya pembelajaran pelajar-pelajar dan juga keadaan mereka, seperti contoh bahan bantu mengajar seperti video, model struktur organ, dan bahan yang boleh digunakan pelajar untuk menjawab soalan secara bertulis digunakan untuk pelbagai gaya pembelajaran, visual, auditori dan kinestetik. Selain itu, saya juga menyediakan nota ringkas dan menarik sebagai ulangkaji untuk pelajar.
Subject
Subject School Level
Mengaji - Iqra Tadika
Membaca - BM Tadika, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Bahasa Melayu Tadika, Tingkatan 1, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Jawi Tadika
Sains Tingkatan 1, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Sejarah Tingkatan 1, Darjah 5, Darjah 4, Darjah 6, Tingkatan 2, Tingkatan 3