Profile Picture

Muhammad Azzaim *******

(Online & Physical)

Sarjana Muda - Engineering (Manufacturing)

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Gombak) (Graduated)

Pasir Mas, Kelantan

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya merupakan graduan Ijazah Kejuruteraan Pembuatan dengan minat dan pemahaman yang mendalam dalam bidang Matematik, Fizik, dan Matematik Tambahan. Sepanjang pengajian, saya telah memperoleh pengetahuan yang luas serta kemahiran analitikal yang tinggi dalam subjek-subjek ini, yang saya yakin dapat membantu pelajar dalam memahami konsep-konsep yang kompleks dengan lebih mudah. Antara pencapaian yang paling diingati sepanjang menjadi tutor selama setahun ialah apabila salah seorang daripada pelajar saya berjaya skor A- dalam SPM Matematik Tambahan daripada D semasa peperiksaan percubaan, dan juga seorang lagi berjaya mendapat B+ dalam SPM Matematik Moden daripada gagal semasa percubaan. Pencapaian ini menggambarkan keberkesanan pendekatan pengajaran dan komitmen saya dalam memastikan setiap pelajar mencapai potensi tertinggi mereka.
Teaching Method(s)
Untuk subjek seperti Matematik, Matematik Tambahan dan Fizik, saya akan pastikan pelajar memahami konsep asas terlebih dahulu sebelum beralih kepada topik yang lebih kompleks. Dari situ, saya boleh fahami keperluan dan tahap pemahaman setiap pelajar. Saya akan menilai pengetahuan asas mereka dan tentukan kekuatan serta kelemahan mereka. Selain itu, saya akan berikan latihan yang mencukupi untuk setiap topik. Latihan yang berterusan dapat membantu mengukuhkan pemahaman pelajar dan memperbaiki kemahiran penyelesaian masalah mereka. Saya juga galakkan pelajar untuk bertanya soalan dan berikan ruang untuk perbincangan. Soal jawab interaktif membantu mengasah kemahiran kritikal dan analitikal pelajar.
Subject
Subject School Level
Matematik Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Matematik Tambahan Tingkatan 4, Tingkatan 5
Fizik - Bahasa Melayu Tingkatan 4, Tingkatan 5