About Me
Assalamualaikum dan Hi ! Saya Aisyah Adawiyyah dan kini merupakan pelajar Sarjana Muda Undang-Undang UKM. Merupakan lepasan Asasi Undang-Undang UiTM dan dengan kelayakan tersebut telah memberi saya asas yang kukuh dalam bidang Bahasa dan Sejarah. Saya amat berdedikasi dan bersemangat dalam memastikan anak tuan puan mencapai prestasi yang diinginkan dalam pelajaran. Saya juga merupakan individu yang amat "goal-orianted" oleh itu saya tidak akan mudah putus asa dalam memastikan "goal" utama iaitu memastikan perkembangan anak didik saya dalam subjek yang diajar dapat dicapai dengan menggunakan pendekatan yang berbeza mengikut keunikan individual setiap murid.
Teaching Method(s)
Saya akan menggunakan pendekatan mengikut kesesuai umur anak didik saya. Saya akan menyediakan bahan pembelajaran secara berperingkat bermula daripada Nota ringkas dan padat yang berwarna-warni, seterusnya proses "active-recall" menggunakan konsep flash card ataupun permainan kuiz online di "Quizzes" dan akhir sekali nota berkonsep "cheatsheet" yang boleh digunakan oleh para pelajar sebagai persediaan terakhir sebelum peperiksaan . Melalui teknik yang berperingkat ini saya dapat memastikan anak didik saya mempunyai pemahaman dan ingatan yang kukuh dalam subjek itu sekaligus memastikan apa yang difahami dapat digunakan dengan baik dalam peperiksaan.