Profile Picture

Najwa Binti *******

(Online & Physical)

Sarjana Muda - Bahasa Melayu Pendidikan Rendah

Institut Pendidikan Guru (Ongoing Study)

Bukit Mertajam, Pulau Pinang

Institut Perguruan

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Nama saya Najwa dan saya merupakan seorang pelajar IPG Kampus Perlis. Saya berada di tahun pertama dalam program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Saya pelajar major dalam Bahasa Melayu dan minor Matematik. Sebelum saya menuntut pengajian di IPG, saya pernah bekerja sebagai seorang guru tuisyen di pusat tuisyen berdekatan dengan rumah saya. Saya mempunyai banyak pengalaman mengajar terutama sekali bagi murid sekolah rendah. Ketika bekerja di pusat tuisyen, saya berpeluang untuk memperoleh pengalaman tentang cara untuk mengajar murid dengan baik. Saya juga menggunakan banyak pendekatan supaya murid dapat memahami perkara yang diajar. Bukan itu sahaja, ketika di IPG, saya sudah dilatih untuk menjadi guru yang dapat mendidik murid dengan baik dan melahirkan modal insan yang cemerlang. Saya mempelajari tentang pelbagai pedagogi pembelajaran dan boleh diaplikasikan ketika saya menjadi seorang guru dan tutor. Saya juga berpengalaman mengajar murid di sekolah rendah ketika saya menjalani program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS). Program PBS ini merupkan program yang perlu dilakukan oleh semua pelajar IPG. Saya juga telah terbiasa dengan suasana kelas di sekolah rendah. Ketika berada di rumah, saya menjadi tutor kepada adik-adik saya dan membantu mereka menyiapkan kerja rumah. Jika saya diberi peluang untuk menjadi tutor, saya akan berusaha sehabis baik untuk membantu pelajar saya supaya dapat mencapai objektif pembelajaran pada hari tersebut mengikut kesesuaian tahap pelajar dan memberi tips belajar bagi pelajar itu.
Teaching Method(s)
Teknik pengajaran yang biasa saya lakukan ketika mengajar adalah teknik didik hibur iaitu pendekatan pembelajaran yang menggabungkan pembelajaran dan hiburan. Teknik ini dapat membantu pelajar supaya tidak bosan ketika dalam kelas dan pelajar dapat selesakan diri ketika belajar dengan saya. Selain itu, saya menggunakan pendekatan pembelajaran secara aktif iaitu melibatkan pelajar dalam diskusi perbincangan supaya pelajar dapst merangsang pemikiran untuk berfikir secara kritis dan kreatif. Di samping itu, saya menggunakan bahan bantu mengajar (BBM) yang menarik. Penggunaan BBM ini dapat membantu pelajar memahami konsep pembelajaran dengan lebih baik. Saya juga akan menyediakan latihan latih tubi untuk meningkatkan kefahaman murid. Akhir sekali, saya sering menggunakan konsep yang senang difahami dan membuat formula menarik yang boleh diingati oleh pelajar. Kaedah ini paling berkesan bagi pelajar saya supaya mereka dapat mengingati sesuatu konsep pembelajaran dalam suatu jangka masa yang lama dan dapat membantu mereka untuk menjawab ujian peperiksaan.
Subject
Subject School Level
Matematik Darjah 4
Membaca - BM Darjah 4
Bahasa Melayu Darjah 4
P. Islam Darjah 4