Profile Picture

Kamalia Syahirah *******

(Online & Physical)

Sarjana Muda - Civil Engineering

Universiti Malaya (Pantai Dalam) (Ongoing Study)

Labuan, WP Labuan

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya Cikgu Lia. Saya merupakan seorang tutor sambilan dan pelajar tahun kedua dalam program Sarjana Muda Kejuruteraan Awam di Universiti Malaya. Latar belakang saya dalam bidang sains fizikal dari SPM dan matrikulasi telah memberikan saya pemahaman yang kukuh mengenai prinsip-prinsip saintifik asas, yang saya terus aplikasikan dan kembangkan dalam pengajian semasa saya. Subjek utama saya adalah sains komputer, fizik, dan matematik.

Saya juga mempunyai pengalaman mengajar di sekolah menengah, khususnya dalam pendidikan khas (PPKI). Pendidikan saya telah melengkapkan saya dengan set kemahiran yang mantap dalam konsep kejuruteraan, reka bentuk, dan analisis. Saya bersemangat untuk menerapkan pengetahuan teori kepada cabaran praktikal dan sedang aktif mencari peluang untuk mendapatkan pengalaman langsung dalam bidang kejuruteraan awam. Saya bersemangat untuk menyumbang kepada projek-projek yang mendorong had inovasi dan kelestarian dalam kejuruteraan. Nak anak skor cemerlang serta tingkatkan keyakinan anak anda? Hubungi saya hari ini.

Teaching Method(s)
Dengan latar belakang yang kukuh dalam sains fizikal dan pengalaman mengajar di sekolah menengah, saya menerapkan teknik-teknik pengajaran yang disesuaikan dengan keupayaan pelajar. Pendekatan saya lebih kepada penggunaan singkatan dan cara mudah untuk mengingat konsep-konsep penting. Saya menggunakan pendekatan yang interaktif dan melibatkan teknik didik hibur untuk mencapai objektif pembelajaran. Penggunaan peta minda dan pendekatan visual adalah antara kepakaran saya, bergantung kepada keperluan subjek.

Saya juga mengembangkan modul-modul pembelajaran yang membantu pelajar memahami konsep dengan lebih mendalam dan berkesan. Teknik saya dalam meningkatkan motivasi dan disiplin pelajar telah terbukti berkesan dalam membantu mereka mencapai kecemerlangan akademik. Kepuasan pelajar dalam mencapai kejayaan adalah visi utama saya sebagai seorang pendidik.
Subject
Subject School Level
Matematik Tingkatan 5
Matematik - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 5
Mengaji - Iqra Tingkatan 5
Membaca - BM Tingkatan 5
Bahasa Melayu Tingkatan 5
Fizik - Bahasa Melayu Tingkatan 5
Sains Komputer Tingkatan 5
Lukisan Kejuruteraan Tingkatan 5
Matematik Tambahan DLP Tingkatan 5