Saya lulusan dari kolej university Insaniah dalam jurusan Syariah Islamiah. Dan saya mempunyai pengalaman mengajar kelas mengaji selama 2 tahun lebih. Melalui pengalaman mengajar dahulu saya lebih focus mengajar pelajar pra-sekolah dan juga pelajar sekolah rendah. Saya juga mengajar pelajar yang baru hendak memulakan bacaan iqra 1 sehinga pelajar yang naik ke iqra 6 dan boleh membaca Al-Quran.
Teaching Method(s)
Untuk Teknik mengajar yang saya akan gunakan adalah bacaan secara terus. Dan pelajar akan diperkenalkan dengan bunyi setiap satu huruf dengan mengunakan buku iqra. Teknik mengulang juga akan di praktikan bagi pelajar mengingat huruf-huruf yang diajar setiap hari. Pengajaran dan pembelajaran akan mengunakan buku iqra yang mengandungi 6 jilid. Jilid buku adalah mengikut tahap kepandaian dan kelancaran, lebih tinggi jilidnya, lebih mencabar input pembacaanya.