About Me
Saya merupakan seorang tutor graduan Institut Pendidikan Guru yang berdedikasi serta bersemangat tinggi dalam membantu anak didik saya untuk mencapai keputusan yang cemerlang. Saya seorang yang ramah namun tegas. Saya akan sentiasa memastikan anak didik saya mencapai matlamat mereka. Saya juga suka membantu anak didik saya dari segi penyusunan jadual masa yang efektif.
Dengan subjek Major Bahasa Melayu dan Sejarah bagi sekolah rendah khususnya, saya akan memastikan anda memahiri segala aspek dalam subjek tersebut termasuklah karangan, tatabahasa dan pemahaman bagi BM dan penguasaan subjek Sejarah.
Saya juga berkemahiran dalam pedagogi untuk subjek Sejarah, Sains dan Matematik.
Saya juga pandai mengambil hati pelajar agar mereka menyukai sesi pengajaran dan pembelajaran yang saya jalankan. Jadikan saya tutor anda hari ini!
Teaching Method(s)
Saya menggunakan kaedah pembelajaran yang lebih bercorakkan permainan digital dan didik hibur yang boleh menarik perhatian murid-murid.
Untuk keseluruhan pembelajaran juga saya sentiasa menerapkan pendekatan multiversi yang merangkumi teknik auditori (nyanyian, teknik hafalan melalui lagi), visual (nota berbentuk variasi multimedia dan grafik) dan kinestetik.
Anda akan dapat mempelajari cara mudah untuk memahami kontext pembelajaran dengan pelbagai inovasi dan pedagogi sesuai yang saya akan terapkan 🔥