Profile Picture

Aina Sofea *******

(Online & Physical)

Sarjana Muda - Accounting

Universiti Malaya (Pantai Dalam) (Graduated)

Rawang, Selangor

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya merupakan tutor yang sangat penyabar dan bersemangat tinggi bagi membantu pelajar-pelajar mendapat keputusan yang baik sekurang-kurangnya pelajar mempunyai penambahbaikan dalam mata pelajaran yang mereka lemah. Saya pernah menjadi tutor untuk rakan - rakan saya sejak dari zaman sekolah menengah sehinggalah kini. Malah, saya juga sering menjadi perujuk untuk adik saya yang kini sedang melanjutkan pelajaran sarjana muda perakaunan. Saya pandai menyesuaikan diri supaya pelajar-pelajar lebih selesa untuk bertanya sekiranya mereka mempunyai masalah dalam mata pelajaran. Jadikan saya tutor hari ini!
Teaching Method(s)
Saya menggunakan kaedah yang santai supaya pelajar tidak mudah bosan. Berbeza dengan guru di sekolah, saya akan menumpukan perhatian sepenuhnya kepada topik yang pelajar lemah. Hal ini supaya, dapat menjimatkan masa pelajar dan saya boleh memberikan latihan intensif supaya pelajar dapat bersedia untuk peperiksaan. Saya juga menggunakan kaedah dimana belajar dan membuat latihan menggunakan soalan-soalan peperiksaan negeri atau peperiksaan tahun-tahun sebelumnya. Ini adalah khas untuk pelajar yang kini tingkatan 4 atau 5, supaya mereka lebih bersedia dengan soalan SPM. Terakhir sekali, setiap akhir tutor, saya akan memberikan nasihat dan motivasi supaya mereka lebih bersemangat untuk belajar dan mengubah masa depan.
Subject
Subject School Level
Matematik Tingkatan 4
Prinsip Perakaunan Tingkatan 4, Tingkatan 5