Profile Picture

Muhammad Shamrizal *******

(Online & Physical)

Sarjana Muda - Undang-undang Dengan Kepujian

Universiti Kebangsaan Malaysia (Ongoing Study)

Bandar Baru Bangi, Selangor

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya Shamrizal atau lebih akrab dipanggil Sham merupakan seorang graduan semasa di Universiti Kebangsaan Malaysia. Selama 2 Tahun telah menceburi aliran undang-undang di Fakulti Undang-undang UKM dan merupakan seorang mahasiswa aktif serta banyak penglibatan dalam aktiviti kebajikan mahasiswa dibawah MPP. Salah seorang ahli pendebat UKM dan pernah memenangi Pertandingan Debat Perpaduan 2023 diperingkat IPT.

Dalam aspek pendidikan, saya mempunyai pengalaman menjadi jurulatih bahas peringkat sekolah menengah di SMK Kuhara Tawau Sabah selama 2 tahun bermula pada tahun 2021 sehingga 2023. Tidak pernah mendidik secara langsung mengikut silibus semasa namun mempunyai minat dan kesungguhan untuk memasuki dunia pendidikan. Saya dikenali sebagai orang yang tegas namun peramah sehingga menyebabkan ramai orang boleh bertoleransi dan bergaul tanpa mengira personaliti individu tersebut.

Subjek atau kursus yang saya gemar dan mahir adalah Sejarah dan Bahasa Melayu tidak kira diperingkat rendah mahupun menengah. Selain itu, saya juga mampu dan cemerlang dalam subjek Biologi untuk peringkat sekolah menengah.

Secara rangkuman, pengalaman saya agak kurang namun mempunyai keinginan dan minat untuk mendidik lebih-lebih lagi dalam membantu kemenjadian akademik dan sahsiah diri generasi akan datang.

Sekian.

Teaching Method(s)
Teknik mengajar yang saya praktikkan semasa menjadi jurulatih bahas adalah melalui pendekatan bersahaja dan menggunakan analogi mudah apabila mengajar. Hal ini agar saya mampu untuk lebih rapat serta akrab bersama para pelajar bertujuan untuk memudahkan proses penyampaian suatu ilmu itu diterima dengan berkesan oleh mereka. Teknik ini terbukti apabila para pelajar saya mampu memahami pengajaran saya dan mendapat pencapaian cemerlang dalam pertandingan. Oleh itu, teknik ini saya percaya mampu untuk diaplikasikan dalam menjadi salah seorang tutor yang berkhidmat dibawah MyTutor My.

Sekian.
Subject
Subject School Level
Bahasa Melayu Tingkatan 4, Darjah 6, Tingkatan 3
Sejarah Tingkatan 4, Darjah 6, Tingkatan 3
Biologi - Bahasa Melayu Tingkatan 4
Sains Darjah 6
Debat Tingkatan 3