Profile Picture

Ku Athirah *******

(Physical & Online)

Diploma Pascasiswazah - Diploma Lepasan Ijazah Dalam Pengajaran

Open University Malaysia (Ongoing Study)

Kangar, Perlis

Fakulti Pendidikan

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya merupakan seorang tutor yang mempunyai semangat tinggi dalam menjalankan amanah yang diberikan iaitu mendidik anak murid saya bagi memperolehi kecemerlangan dari segi akademik. Saya juga merupakan seorang yang penyayang namun mempunyai sedikit ketegasan dalam mengajar. Ini adalah kerana saya telah berazam untuk membantu memastikan anak murid saya mencapai kejayaan serta matlamat hidup mereka di dalam bidang akademik. Saya juga bertanggungjawab untuk menarik minat anak murid saya dalam sesi pelajaran dan pembelajaran (pdp) dalam menjamin keberkesanan sesi pembelajaran tersebut. Saya tidak akan mensia-siakan peluang yang ada untuk memberikan yang terbaik kepada anak murid saya.
Teaching Method(s)
Saya menggunakan kaedah mendidik dengan bantuan bbm (bahan bantu mengajar) iaitu kaedah yang digunakan bagi menarik minat anak murid untuk belajar. Di samping itu, saya juga selitkan cara pembelajaran terkini iaitu pembelajaran secara Ai dalam kaedah pengajaran saya bagi membantu anak murid saya agar mereka dapat menguasai sesuatu kemahiran serta didikan yang diperlukan dengan mudah. Contoh aplikasi yang digunakan adalah kahoot. Ia merupakan salah satu pendekatan yang saya lakukan bagi menarik minat anak murid saya dalam pembelajaran. Saya juga menyediakan kepelbagaian nota seperti nota berwarna warni bagi menarik minat anak murid saya agar tumpuan dapat diberikan sepenuhnya semasa sesi pembelajaran berlangsung. Saya juga mempelbagaikan teknik pengajaran sekiranya diperlukan iaitu mengikut kesesuaian anak murid saya demi mengelakkan sebarang keciciran dalam sesi pembelajaran.
Subject
Subject School Level

Tutor Nearby