About Me
Hai
Saya graduan daripada Sarjana Muda Farmasi UiTM dimana bidang farmasi ini merangkumi bidang asas seperti Sains,Kimia, Biologi dan Matematik. Saya juga seorang yang ceria dan bersungguh-sungguh dalam menyampaikan pembelajaran untuk mengurangkan stres dan tekanan kepada pelajar. Sebagai seorang tutor, saya ingin memudahkan urusan pelajar saya dengan mambantu mereka memahami topik pembelajaran dengan lebih senang dan efektif.
Teaching Method(s)
Cara pembelajaran yang akan digunakan:
- Menyenaraikan objektif sebelum memulakan pembelajaran
- Membuat rumusan selepas pembelajaran
- Menggunakan ilustrasi atau gambar untuk menunjukkan contoh sekiranya diperlukan dalam pembelajaran
-Fleksibel dalam segi kaedah pengajaran mengikut tahap kefahaman dan pembelajaran pelajar
Saya percaya dengan kaedah menyenaraikan objektif yang akan dipelajari dapat memudahkan pelajar mengetahui topik yang mereka bakal pelajari pada hari kejadian. Manakala, rumusan selepas pembelajaran juga memberi satu pemahaman secara menyeluruh terhadap topik dan sangat efektif. Penggunaan ilustrasi atau gambar juga meningkatkan daya kefahaman pelajar dengan lebih mudah.