Profile Picture

Muhammad Izdihar *******

(Online)

Asasi/a-level - Life Sciences

Universiti Malaya (Pantai Dalam) (Ongoing Study)

Ayer Molek, Melaka

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya ialah seorang tutor yang bersemangat dan juga mempunyai minat yang mendalam untuk mendidik para pelajar untuk lebih memahami topik yang dipelajari. Saya ialah seorang yang biasanya tenang namun saya boleh menjadi tegas jika saya perlu. Sikap saya ini membolehkan saya menjadi seorang tutor yang lebih efektif dan lebih mudah diramahi pelajar saya. Saya juga sedia untuk menambah kecekapan saya menjadi seorang tutor dan saya sedia menerima teguran untuk memperbaiki diri saya. Saya juga mempunyai minat mendalam tentang subjek yang saya mengajar agar saya bermotivasi tinggi dalam menjadi seorang tutor; dan menjadikan sesi kelas saya interaktif dan tidak membosankan.
Teaching Method(s)
Saya menggunakan kaedah mengajar secara interaktif agar suasana kelas tidak tegang dan memastikan terdapat komunikasi di antara guru dan pelajar. Penggunaan rajah dan juga visual menarik menggunakan teknologi juga akan membantu menjadi rangsangan pelajar agar pelajar tidak bosan di dalam kelas. Saya menitikberatkan kefahaman pelajar terhadap subjek agar pelajar mampu menerima pelajaran tersebut dengan lebih baik. Saya juga akan menggunakan nota atau slides yang menarik dan ringkas agar memudahkan pemahaman pelajar.
Subject
Subject School Level
Biologi - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 4, Tingkatan 5
Sains - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Biologi - Bahasa Melayu Tingkatan 4, Tingkatan 5