Profile Picture

Noor Bethrisya *******

(Online & Physical)

Sarjana Muda - International Affairs Management

Universiti Utara Malaysia (Sintok) (Graduated)

Jitra, Kedah

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Hi, saya Cikgu Bethrisya. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan berpengalaman dalam mengajar Bahasa Inggeris, Matematik, Matemaik Tambahan dan Sains. Saya pernah membuat kelas tambahan dan tutor peribadi untuk murid SBP Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu dan juga mengajar rakan rakan saya matematik tambahan semasa asasi di UUM. Saya seorang graduan UUM dalam bidang International Affairs dan berpengalaman bekerja di PETRONAS di KLCC dan Kementerian Luar Negeri sebelum pulang ke Kedah sementara menunggu panggilan kerja seterusnya di Kementerian Luar Negeri. Saya juga bekas pelajar MRSM Baling yang belajar IGCSE dan mendapat A bagi English, Biology, Physics. Jadi, saya berpengalaman dan faham silibus IGCSE bagi ibu bapa yang mencari tutor IGCSE. Saya berkemahiran untuk mengajar kelas besar dan secara peribadi dengan method step-by-step sehingga pelajar faham bersama latihan, dan fleksibel untuk berbincang dengan ibu bapa untuk kaedah yang sesuai untuk pelajar kerana saya faham setiap pelajar lain cara belajar dan tahap pemahamannya. Hubungi saya kalau berminat dan I will try my very best to ensure my students show improvement in their academics and apply the knowledge learnt in daily life!
Teaching Method(s)
Saya seorang yang terurus jadi saya akan membuat jadual dan memecahkan sesi pembelajaran kepada 2, iaitu mengajar dan latihan. Sesi pertama saya akan menerangkan konsep pembelajaran dan memberi contoh kenapa penting untuk belajar sesuatu topik itu bersama aplikasi dalam kehidupan seharian bagi menaikkan minat murid. Seterusnya saya akan ajar step by step topik tersebut mengikut sub topic, atau kaedah penyelesaian bagi subjek matematik. Saya seorang yang percaya bahawa pemahamam tidak datang dari menghafal dan sebaiknya difahamkan dari memahami intipati/flow suatu subjek, jadi saya akan terangkan satu per satu bagi murid faham topik tersebut.

Sesi kedua pula saya akan menyediakan latihan bagi mengukuhkan lagi fahaman murid dan jika ibu bapa perlukan, saya akan mengkaji latest format subjek di sekolah untuk membantu murid cemerlang dalam peperiksaan.

Jika megajar matematik, saya bersedia untuk mengajar kaedah alternatif bagi memastikan murid dapat mengguna kaedah penyelesaian yang sesuai dan senang murid ingat. Jika ibu bapa mahukan saya untuk sediakan latihan atau homework, saya boleh sediakan juga.
Subject
Subject School Level
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5, Cambridge - Tahun 1, Cambridge - Tahun 2, Cambridge - Tahun 3, IGCSE MRSM - Tingkatan 1
Matematik Tambahan IGCSE, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Matematik Tambahan DLP IGCSE
Bahasa Inggeris Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Public Speaking Asas (Basic)
Matematik Tambahan - DLP Bahasa Inggeris Cambridge - Tahun 11