Profile Picture

Ahmad Izz *******

(Online & Physical)

Diploma / Stpm - Diploma In English For Professional Communication Communication

Universiti Teknologi MARA (Alor Gajah) (Ongoing Study)

Beranang, Selangor

Tutor Training

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya Ahmad Izz Farhan bin Azhar. Saya merupakan pelajar tahun kedua, semester ke empat yang melanjutkan pelajaran dalam Diploma Bahasa Inggeris Komunikasi Profesional di UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah. Saya seorang yang meminati dalam bidang pendidikan dan cita-cita saya ialah menjadi seorang pensyarah. Saya tidak pernah menjadi seorang tutor sebelum ini, namun saya aktif dalam mengajar rakan-rakan berkenaan subjek kos saya. Selain itu, saya juga pernah mengajar subjek Bahasa Jepun kepada pelajar sekolah menengah iaitu Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang. Subjek utama yang boleh saya mengajar ialah Bahasa Inggeris. Subjek tambahan yang boleh saya ajar ialah Bahasa Jepun menengah rendah dan atas serta Bahasa Melayu. Kemahiran khusus yang saya ada ialah saya dapat berinteraksi dengan orang lain dengan mudah dan mahir dalam penggunaan aplikasi Canva bagi membuat bahan pengajaran dan pembentagan. Selain itu, saya juga dapat membahagikan masa dengan baik dan mampu menguruskan perkara mengikut pada ketetapan waktu yang ditetapkan. Pencapaian yang saya telah peroleh ialah mendapat 8A 2B 1C dalam SPM 2021. Selain itu, saya juga lulus dalam ujian Japanese Language Proficiency Test peringkat N5. Tambahan, saya juga merupakan Presiden bagi Jawatankuasa Sukan Pelajar di UiTM Alor Gajah
Teaching Method(s)
Pada pendapat saya, teknik mengajar yang berkesan bergantung kepada pengajar itu sendiri dan penerimaan pelajar. Antara teknik mengajar yang saya ambil ialah, pengajaran dengan menggunakan bahan bantaun mengajar yang menarik atau 'fun interactive learning aid'. Melalui cara ini, saya dapat menyampaikan maklumat dengan cara yang lebih seronok dan dapat elakkan daripada pelajar cepat bosan dan mengantuk. Selain itu, bagi subjek bahasa terutamanya, saya akan sediakan bahan-bahan rujukan yang sesuai dan menepati silibus semasa pendidikan bagi membantu pelajar memahirkan diri dalam subjek bahasa lebih-lebih lagi karangan yang memerlukan kosa kata yang banyak serta struktur ayat yang pelbagai.
Subject
Subject School Level
Bahasa Melayu Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Bahasa Inggeris Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Bahasa Jepun Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3