Profile Picture

Nurul Natihah *******

(Physical)

Sarjana Muda - Science

Universiti Pendidikan Sultan Idris (Graduated)

Kajang, Selangor

Fakulti Pendidikan

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Hai. Saya Nurul Natihah seorang graduan dari UPSI dalam Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains. Saya berpengalaman menjadi guru tusyen di sebuah pusat tusyen swasta di Kelantan yang mengajar pelajar sekolah rendah serta saya mempunyai banyak pengalaman mengajar ketika 4 tahun belajar di UPSI. Saya telah mengikuti latihan mengajar di dua buah sekolah menengah di Perak dan Kelantan serta telah banyak mempelajari teknik mengajar sepanjang 4 tahun belajar di UPSI. Subjek utama yang saya ajar adalah sains dan biologi. Kedua dua subjek ini merupakan subjek utama saya ketika di universiti. Maklum balas dari pensyarah UPSI yang sentiasa saya terima adalah positif dan mereka sering kali mengatakan bahawa saya mempunyai kemahiran komunikasi dan teknik pengajaran yang menyeronokkan. Saya pasti pelajar akan sentiasa “have fun” ketika sesi pembelajaran berlangsung.
Teaching Method(s)
Melalui pengalaman mengajar dan jiwa pendidik yang ada pada diri saya, saya mendapati teknik yang saya guna semasa mengajar iaitu teknik visual mampu membantu pelajar untuk skor dalam subjek sains dan biologi. Teknik pembelajaran secara visual ialah belajar dengan melihat, memerhati, menggunakan maklumat berbentuk carta, gambar, grafik, peta dan imej. Saya juga suka menggunakan kaedah “hands on” yang mana saya akan melibatkan pelajar secara langsung dalam aktiviti pembelajaran. Saya suka meminta pelajar untuk bermain sambil belajar semasa kelas saya. Kaedah “hands on” membolehkan pelajar belajar tanpa bergantung kepada buku semata mata.
Subject
Subject School Level
Sains Darjah 6, Darjah 5, Darjah 4, Darjah 3, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 5, Darjah 2
Biologi - Bahasa Melayu Tingkatan 5