Profile Picture

Nurul Aisyah *******

(Online & Physical)

Diploma Pascasiswazah - Pengajian Bahasa Melayu

Universiti Kebangsaan Malaysia (Ongoing Study)

Ipoh, Perak

Fakulti Pendidikan

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Sastera Dengan Kepujian (Pengajian Bahasa Melayu) di Universiti Kebangsaan Malaysia dan telah bergraduasi pada bulan November 2023. Kini, saya menyambung pengajian bagi Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) di Universiti Kebangsaan Malaysia. Saya mempunyai pengalaman sebagai guru ganti Mystep di SMK Perempuan Perak selama lapan (8) bulan iaitu bermula dari 2 Oktober 2023 hingga 24 Mei 2024. Saya mengajar subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (Tingkatan 2 dan Tingkatan 3), Sejarah (Tingkatan 1) dan Geografi (Tingkatan 2 dan Tingkatan 3). Kemudian, saya mendapat tawaran sebagai guru ganti Mystep di SK Pasukan Polis Hutan selama dua (2) bulan iaitu bermula dari 10 Jun 2024 hingga 31 Julai 2024. Di sekolah tersebut pula, saya mengajar subjek Bahasa Melayu (Tahun 1 dan Tahun 2) dan juga subjek Pendidikan Seni Visual (Tahun 1 dan Tahun 2).

Saya seorang yang minat mengajar dan saya akan berusaha untuk memastikan agar semua murid saya dapat memahami setiap isi pelajaran yang disampaikan. Saya juga seorang yang ramah dan cepat mesra dengan murid namun saya akan tegas ketika sesi PdP.

Saya juga bersedia untuk mengajar subjek di luar bidang saya iaitu Bahasa Melayu. Bagi saya, setiap guru itu perlu mempunyai kebolehan untuk mengajar subjek lain.

Teaching Method(s)
Saya gemar menggunakan kaedah 'mind-map' ataupun peta minda ketika mengajar. Hal ini adalah untuk memastikan semua murid dapat memahami serta mengingati isi-isi penting dalam sesuatu topik. Saya juga akan memberikan nota berwarna-warni bagi menarik minat murid-murid untuk membaca dan sentiasa bersemangat untuk belajar!
Subject
Subject School Level
Bahasa Melayu Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Sejarah Tingkatan 1, Tingkatan 3
Geografi Tingkatan 2