Profile Picture

Nurul Nadzirah *******

(Online & Physical)

Sarjana Muda - Sastera Dengan Pendidikan (Sejarah)

Universiti Sains Malaysia (Georgetown) (Graduated)

Kuantan, Pahang

Fakulti Pendidikan

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya Nurul Nadzirah binti Mohamad Tajudin merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Sastera Dengan Pendidikan bermajorkan Sejarah dan berminorkan Geografi. Saya berminat untuk menjadi seorang tutor bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah untuk sekolah rendah dan sekolah menengah secara fizikal di Kuantan, Pahang sekaligus mengaplikasikan kemahiran yang saya pelajari sepanjang tempoh lima bulan latihan mengajar di sekolah menengah di Kedah dan selama saya bergelar graduan dalam bidang pendidikan selama empat tahun di Universiti Sains Malaysia.

Saya merupakan individu yang mempunyai semangat dan keazaman untuk memastikan para murid berjaya melaksanakan tugasan yang diberikan dengan betul. Saya mempunyai pengalaman mengajar murid-murid sekolah menengah dan sekolah rendah, iaitu saya pernah mengajar mata pelajaran Sejarah dan Geografi semasa latihan mengajar bagi murid tingkatan satu. Selain itu, saya juga berpengalaman sebagai guru tuisyen separuh masa yang mengajar Kemahiran 3M (Membaca, Menulis dan Mengira), mata pelajaran Sejarah tingkatan empat dan lima serta Bahasa Melayu kepada murid sekolah rendah. Saya merupakan seorang tutor yang gemar menyediakan nota dan latihan kepada murid selari dengan sistem peperiksaan Malaysia yang terkini. Walaupun saya bermajorkan Sejarah tetapi saya mampu mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu dengan cara yang mudah didekati dan menarik untuk sesi pembelajaran selaras dengan pengimplementasian PAK-21.

Teaching Method(s)
Saya menerapkan kaedah berteraskan penggunaan ICT, iaitu dengan memberikan penerangan berdasarkan slaid interaktif, video interaktif dan didik hibur untuk memastikan para murid terus berminat untuk meneruskan sesi pembelajaran. Saya juga mengaplikasikan penggunaan nota ringkas yang disediakan secara percuma bagi membantu pemahaman murid dengan lebih baik bergantung kepada keperluan mata pelajaran yang diajar, misalnya mata pelajaran Sejarah.
Subject
Subject School Level
Bahasa Melayu Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Sejarah Tingkatan 4, Tingkatan 5