Profile Picture

Azizah Binti *******

(Online)

Sarjana Muda - Bahasa Melayu

Universiti Putra Malaysia (Serdang) (Graduated)

Puchong, Selangor

Fakulti Pendidikan

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya merupakan seorang tutor yang berdisiplin dan mempunyai semangat yang tinggi dalam membantu anak didik saya memperoleh keputusan yang cemerlang. Saya akan berusaha sedaya upaya saya dalam memastikan anak didik saya dapat mencapai matlamat mereka. Saya seorang yang ramah dan mudah bergaul dengan orang tetapi tegas dalam menjalankan tugas. Saya sangat suka membantu anak didik saya dalam meningkatkan penguasaan mereka dalam bahagian-bahagian bahasa Melayu yang kurang dikuasai. Perkara yang paling penting, saya pandai mengambil hati anak didik agar dapat menarik minat mereka dalam sesi Pengajaran dan Pelajaran (PdP) yang saya jalankan. Saya akan sentiasa berusaha mencari jalan penyelesaian untuk membantu anak didik yang ingin berjaya. Oleh itu, jadikan saya tutor anda hari ini.
Teaching Method(s)
Saya akan menggunakan teknik didik hibur untuk menarik minat murid saya untuk belajar dan mengelakkan mereka untuk tidak mudah bosan semasa belajar bahasa Melayu. Dalam masa yang sama, saya juga mengaplikasikan penggunaan teknologi dalam sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) saya. Hal ini bersesuaian dengan era anak muda sekarang. Saya akan membantu murid dalam penulisan karangan dan penguasaan aspek tatabahasa dengan memperkenalkan teknik-teknik yang berkesan.
Subject
Subject School Level
Bahasa Melayu Tingkatan 3, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 4, Tingkatan 5, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6