Profile Picture

Sharifah Anisa *******

(Online & Physical)

Sarjana Muda - Bachelors Degree (Honours) In Teaching English As A Second Language

Universiti Poly-Tech Malaysia (Ongoing Study)

Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur

Fakulti Pendidikan

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya Miss Anisa merupakan seorang pendidik yang ingin menambah pengalaman dalam mendidik pelajar dan juga saya berharap saya dapat membantu pelajar mencapai kecemerlangan akademik. Bahasa Inggeris adalah kepakaran utama saya, manakala saya juga pelajar Degree (Honours) IN TEACHING ENGLISH AS A SECOND LANGUAGE. Dengan kemahiran yang saya perolehi dari degree ini, seperti kemahiran dalam penyusunan modul pendidikan yang berkesan, saya harap saya dapat membantu ramai pelajar mencapai keputusan yang cemerlang. Selain itu, course yang saya pelajari ini sering mempraktikkan kami sebagai pelajar untuk sentiasa mempunyai sesi microteaching di dalam kelas. Jadi, mendidik pelajar sudah menjadi kebiasaan terhadap diri saya. Jika anda mahu meningkatkan motivasi, disiplin, dan prestasi akademik anak anda, sila hubungi saya hari ini.
Teaching Method(s)
Saya mengamalkan pendekatan pembelajaran interaktif di mana pelajar terlibat secara aktif melalui pelbagai aktiviti menarik seperti permainan pendidikan, sesi soal jawab yang mencabar, dan latihan kreatif. Saya juga menggunakan teknik storytelling untuk menghidupkan pembelajaran, menjadikan konsep yang sukar lebih mudah difahami. Dalam kelas saya, pelajar didedahkan kepada penggunaan teknologi dan alat bantu visual yang interaktif untuk memastikan pengajaran sentiasa relevan dan dinamik. Selain itu, saya menyediakan bahan rujukan seperti nota bergambar dan video pendek untuk membantu pelajar menguasai kemahiran dengan lebih berkesan.
Subject
Subject School Level
Bahasa Inggeris Universiti - Ijazah Sarjana Muda