Profile Picture

Dysie Donny

(Online & Physical)

Sarjana Muda - Education In Agriculture Science

Universiti Pendidikan Sultan Idris (Ongoing Study)

Labuan, WP Labuan

Fakulti Pendidikan

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Hi! Saya Cikgu Dysie dan merupakan seorang guru yang masih menyambung pengajian dalam bidang pendidikan sains di Universiti Pendidikan Sultan Idris ,saya mengambil subjek major Pendidikan Sains Pertanian dan minor Reka Bentuk Teknologi (RBT). Latar belakang saya adalah dalam bidang sains semasa SPM dan sains komputer ketika matrikulasi, ilmu serta kemahiran yang diperolehi ini banyak membantu saya dalam mempersiapkan diri sebagai seorang pendidik. Dengan pengalaman yang dimiliki sebagai tutor di sekolah dahulu,saya berdedikasi dalam mengajar pelajar dan ingin membantu memperbaiki kelemahan mereka dengan menggunakan teknik mengajar yang berkesan. Saya juga seorang yang mesra dalam mengajar dan mampu menarik minat pelajar dalam melibatkan diri secara aktif sepanjang sesi pembelajaran,ini adalah untuk mendorong mereka agar tetap fokus.
Teaching Method(s)
Pembelajaran yang berkesan amatlah penting dalam pengajaran, oleh itu saya memilih untuk menggunakan teknik mengajar yang mudah difahami oleh pelajar serta menyeronokkan seperti penggunaan alat bantu visual,pengajaran interaktif dan teratur,perbincangan/sesi soal jawab,serta kaedah menghafal yang kreatif.Pengalaman yang saya miliki ketika belajar di UPSI iaitu pendedahan dalam pengurusan pembelajaran mampu membantu pelajar untuk memahami konsep dan topik subjek tertentu dengan lebih efektif. Dengan ini,objektif pembelajaran dapat dicapai sekali gus membimbing pelajar dalam meningkatkan prestasi mereka.
Subject
Subject School Level
Matematik Tingkatan 4, Tingkatan 5, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Sains Tingkatan 4, Tingkatan 5, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Pendidikan Moral Tingkatan 4, Tingkatan 5
Biologi - Bahasa Melayu Tingkatan 4, Tingkatan 5
Sains Komputer Tingkatan 4, Tingkatan 5
Reka Bentuk Teknologi Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Asas Sains Komputer Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3