Profile Picture

Nik Munirah *******

(Online & Physical)

Sarjana Muda - Accounting

Universiti Utara Malaysia (Sintok) (Graduated)

Pasir Puteh, Kelantan

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya merupakan tutor yang berjiwa besar untuk mendidik pelajar dan bercita-cita tinggi untuk melihat kejayaan adik-adik yang saya didik. Walaupun saya tidak mempunyai pengalaman mengajar di peringkat sekolah, saya mempunyai pengalaman dalam mengajar subjek Matematik sekumpulan 50 pelajar Matrikulasi sebagai "Leader - Program Peer Assisted Learning". Saya memperoleh keputusan yang cemerlang dalam subjek Matematik semenjak dari sekolah rendah di mana saya pernah mencapai markah 99% dalam peperiksaan. Selain itu, saya juga mempunyai keupayaan dalam subjek Bahasa Melayu dengan pencapaian cemerlang di peringkat sekolah rendah dan menengah. Saya berkebolehan untuk mengajar dan menghasilakan modul dalam pelbagai variasi dan kaedah seperti menggunakan ilustrasi yang menarik dan mudah difahami untuk menarik minat pelajar mempelajari subjek tersebut. Jika anda yakin dengan kebolehan saya, jadikan saya tutor anda sekarang!
Teaching Method(s)
Saya merupakan seorang tutor yang berjiwa besar dan bercita-cita tinggi untuk mendidik dan melahirkan anak bangsa yang berjaya. Dalam pembelajaran, saya menyediakan modul dan nota ringkas yang menarik serta mudah difahami oleh para pelajar. Ilustrasi yang menarik dan berwarna-warni mampu menarik minat pelajar untuk mempelajari sesuatu subjek. Apabila minat dipupuk sudah pasti pelajar dapat memahami dan skor dengan cemerlang dalam sesuatu subjek. Saya juga menggunakan kaedah yang menghiburkan agar pelajar tidak bosan dalam sesi pembelajaran. Untuk subjek Bahasa Melalyu, saya akan dedahkan pelajar dengan karangan pendek dengan tatabahasa yang betul, peribahasa dan simpulan bahasa dan ayat-ayat bombastik yang menarik untuk membantu para pelajar skor dengan cemerlang. Jika anda yakin dengan kebolehan saya, jadikan saya tutor anda sekarang!
Subject
Subject School Level
Matematik Darjah 3
Bahasa Melayu Darjah 3