Profile Picture

Wafaa Mahfodz

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Komunikasi)

Universiti Malaysia Sarawak (Telah Bergraduasi)

Kajang, Selangor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya, Cikgu Wafaa. Mula berkecimpung dalam bidang pengajaran sebagai tutor pada tahun 2017. Major subjek yang diajar adalah Matematik manakala minor subjek adalah Bahasa Melayu. Berpengalaman mengajar bagi pelajar Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah melalui teknik modul serta soalan peperiksaan tahun-tahun yang lalu. Saya juga membantu meningkatkan keyakinan dan potensi dalam diri seorang pelajar. Dengan pengalaman serta kongsian daripada para tutor yang lain saya yakin dapat membantu anak anda berjaya dengan cemerlang.
Teknik Pengajaran
Teknik pengajaran bergantung kepada keupayaan para pelajar. Setiap subjek jugak pendekatan yang berbeza akan dilakukan. Bagi subjek Matematik, nota ringkas atau formula dalam bentuk lakaran gambar berwarna memudahkan pelajar untuk hafal dan aplikasi dalam pelajaran. Begitu juga, subjek Bahasa Melayu pendekatan peta minda diaplikasikan kepada pelajar untuk menarik minat terhadap topik yang dipelajari. Walaubagaimanapun, pendekatan pembelajaran akan berubah mengikut keupayaan para pelajar kerana kepentingan bagi saya sebagai pendidik adalah para pelajar faham dan boleh aplikasikan ilmu dalam kehidupan seharian.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5