Profile Picture

Farzana Hasanah

(Online)

Sarjana Muda - Pengajian Islam Dan Bahasa Arab

Universiti Al Azhar Mesir (Graduated)

Puchong, Selangor

Tutor Training

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya merupakan seorang guru lepasan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dan Bahasa Arab yang mengajar Pendidikan Al Quran dan As Sunnah. Matlamat saya adalah untuk membantu pelajar memahami bukan sahaja teori dan hukum agama tetapi juga bagaimana kita boleh mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupan seharian. Saya berharap kita semua dapat sama-sama menimba ilmu untuk menjadi insan yang lebih baik.

Saya juga mempunyai minat terhadap Matematik yang sangat tinggi. Saya suka mengisi masa lapang saya dengan membuat soalan Matematik dan Matematik Tambahan untuk menjana pemikiran saya secara logik selain mengisi waktu lengang.

Teaching Method(s)
- Pendidikan Quran dan As Sunnah dan Pendidikan Islam: Kita akan banyak membaca, memahami, dan menghayati ajaran Al-Quran dan Hadis. Pemahaman konsep adalah sangat penting untuk pelajar.
- Bahasa Arab: Saya akan membantu anda menguasai bahasa ini secara berperingkat, dari asas hingga ke peringkat lebih tinggi. Saya juga akan menggunakan pelbagai aktiviti dan latihan supaya pembelajaran lebih interaktif dan menarik.
- Matematik: Kita akan banyak mengira dan menyelesaikan masalah dengan cara yang mudah difahami. Saya akan menggunakan pelbagai kaedah seperti latihan amali, kuiz, dan contoh-contoh dari kehidupan harian untuk memudahkan pemahaman anda.

Saya sangat mengalu-alukan sebarang pertanyaan dan perbincangan sepanjang sesi pembelajaran kita. Jangan segan untuk bertanya jika anda tidak faham sesuatu. Kita semua di sini untuk belajar bersama-sama.
Subject
Subject School Level
Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah Tingkatan 4, Tingkatan 5
KAFA KAFA - Darjah 2
Jawi KAFA - Darjah 2, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, KAFA - Darjah 1, KAFA - Darjah 3, KAFA - Darjah 4, KAFA - Darjah 5, KAFA - Darjah 6, Dewasa, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Bahasa Arab Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 6, Darjah 4, Darjah 5, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 6, Darjah 4, Darjah 5, Tingkatan 4, Tingkatan 5