Profile Picture

Siti Rabi'atul *******

(Online & Physical)

Sarjana Muda - Pentadbiran Perniagaan Dengan Kepujian

Universiti Utara Malaysia (Sintok) (Graduated)

Johor Bahru, Johor

Tutor Training

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Nama saya Cikgu Rabi'atul. Saya merupakan graduan jurusan Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian BBA (HONS) daripada Universiti Utara Malaysia (UUM) dan saya juga baru sahaja menamatkan pengajian dalam jurusan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Selain itu, saya juga berpengalaman menjadi guru ganti (My Step) di sekolah di Johor Bahru. Pengalaman saya mengajar subjek Bahasa Melayu dan Matematik di peringkat sekolah Rendah dan Menengah mendorong saya untuk memilih subjek tersebut sebagai subjek utama dalam mengendalikan kelas tuition. Saya juga berkemahiran dalam melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) seperti yang telah dirancangkan di dalam rancangan pengajaran harian (RPH) yang akan berupaya memberi impak yang positif kepada kemenjadian murid.
Teaching Method(s)
Saya menerapkan teknik-teknik dan strategi pengajaran dan pembelajaran (PdP) berdasarkan pengajaran Abad ke-21 bagi menarik minat murid disamping menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar (BBM) yang bersesuaian. Saya akan berusaha mencari teknik yang termudah di dalam sesuatu pembelajaran agar murid mudah untuk memahami dan mengingati setiap apa yang telah dipelajari. Saya juga akan menyediakan lembaran kerja daripada pelbagai sumber kepada murid sebagai latihan pengukuhan dan pemulihan.
Subject
Subject School Level
Bahasa Melayu Darjah 2, Darjah 1
Matematik Darjah 2, Darjah 1, Darjah 3
Sejarah Darjah 6, Darjah 4, Darjah 5
Geografi Tingkatan 1, Tingkatan 2