Profile Picture

Muhammad Aidiel *******

(Online)

Sarjana Muda - Bachelor Of Computer Science

Universiti Multimedia Cyberjaya (MMU) (Graduated)

Seri Kembangan, Selangor

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Hai, saya Aidiel, seorang tutor yang berdedikasi dan bersemangat dalam membantu pelajar mencapai potensi terbaik mereka. Saya merupakan graduan dalam Sarjana Muda Komputer Sains dari Universiti Multimedia (MMU). Saya percaya bahawa setiap pelajar mempunyai keunikan dalam cara pembelajaran mereka, dan saya berusaha untuk memberikan pendekatan yang fleksibel serta disesuaikan dengan keperluan mereka.

Saya berpengalaman dalam mengajar literasi komputer, khususnya kelas Adobe Photoshop dan HTML/CSS sewaktu saya menjadi sukarelawan sebuah program di universiti. Saya telah membantu ramai pelajar memahami asas dengan memudahkan pemahaman melalui contoh dan analogi. Saya sentiasa memastikan suasana pembelajaran yang positif dan menyokong, supaya pelajar dapat belajar dengan keyakinan dan motivasi.

Saya bersedia untuk membantu anda menguasai subjek yang anda hadapi dan mencapai kejayaan akademik. Jom mulakan perjalanan pembelajaran anda dengan saya!

Teaching Method(s)
Saya seorang yang santai dan akan memastikan sesi tutor saya tidak membosankan.
Saya suka memberi analogi atau contoh yang mudah difahami, serta aplikasi sesuatu topik dalam kehidupan seharian - ini adalah untuk memastikan kita akan lebih dekat dengan ilmu tersebut dan memberikan motivasi untuk memahami sesuatu topik.
Subject
Subject School Level
Matematik Tingkatan 4, Tingkatan 5
Fizik - Bahasa Melayu Tingkatan 4, Tingkatan 5
Adobe Illustrator Dewasa
Penyuntingan - Canva Asas (Basic)
Penyuntingan - Adobe Photoshop Asas (Basic)
Penyuntingan - Video Asas (Basic)