Profile Picture

Zuzilawati Nasir

(Online)

Sarjana Muda - Kejuruteraan Awam (Kepujian)

Universiti Malaysia Pahang (Kuantan) (Graduated)

Tumpat, Kelantan

Tutor Training

Training Educational Psychology

Training Matematik Sek Rendah

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, saya Zuzilawati binti Nasir, lebih dikenali dengan Cikgu La. Saya merupakan graduan Kejuruteraan Awam di Universiti Malaysia Pahang. Berpengalaman selama 9 tahun sebagai ‘Math Tutor’ belajar di rumah dan juga pusat tuisyen secara individu dan juga berkumpulan. Selain itu, saya juga mengajar secara alam maya (online). Subjek utama saya ialah matematik. Saya mengajar subjek matematik bagi pelajar dari tahap PRA sekolah hingga sekolah menengah. Saya juga pernah menjadi guru ganti bagi subjek matematik di sebuah sekolah di shah alam dan beberapa pusat tuisyen di kawasan kelantan. Alhamdulillah sepanjang sesi pembelajaran saya, respon daripada pelajar dan juga ibubapa sangat berpuashati. Kebanyakan ibubapa akan berulang mengambil saya sebagai Tutor anak-anak mereka, erti kata lain sebagai ‘repeat client’ . Selain itu, bersyukur juga kerana kebanyakan pelajar-pelajar saya dari awal keputusan kurang memuaskn dan akhirnya mendapat cemerlang. Saya juga mendapat gelaran sebagai Tutor Terbaik semasa berada di bawah Rocket Home Tuition iaitu sebuah syarikat yang mengendalikan tuisyen secara individu di rumah. Selain itu, saya juga ada mengikuti kursus pembelajaran abad ke21 yang dianjurkan oleh Rocket Home Tuition, dimana saya diberi penerangan dan diajar dengan lebih jelas tentang pembelajaran abad ke21. Saya boleh menarik minat anak-anak didik saya untuk lebih seronok belajar matematik. Matematik tak susah jika kita tahu caranya. Nak seronok belajar matematik? Jom bersama Cikgu La..
Teaching Method(s)
Teknik pembelajaran yang saya terapkan adalah teknik pembelajaran abad ke21. Sebagai contoh pelajar akan diberi beberapa kad untuk dipilih, setiap kad akan terdapat soalan-soalan bermula dari asas sehingga KBAT, dan pelajar diarahkan untuk menjawab soalan tersebut. Ada pelbagai lagi aktiviti yang akan dijalankan mengikut kesesuaian topik yang akan diajar. Selain itu, dapat juga membina soft skill yang baik untuk pelajar terutama dari segi komunikasi.

Saya juga akan menerangkan *key word* yang terdapat pada setiap baris soalan supaya pelajar akan lebih teliti dan memahami kaedah langkah kerja yang patut diselesaikan. Kebanyakan soalan bukan hanya perlukan jawapan, malah kaedah penyelesaiannya juga perlu dinyatakan bersama. Sebagai contoh *key word* jumlah membawa maksud operasi tambah dan sebagainya. Nak tahu lebih detail lagi, jom belajar bersama Cikgu La.

‘Practice make perfect’ , ingat matematik bukan subjek membaca, tetapi matematik perlu perbanyakan latihan. Maka, saya akan sentiasa bagi sebanyak mungkin latihan latih tubi supaya pelajar lebih ‘mesra’ dengan pelbagai bentuk soalan.
Subject
Subject School Level
Matematik Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Kejuruteraan Awam Tingkatan 4, Tingkatan 5