Profile Picture

Nurul Nadia *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam

Seremban, Negeri Sembilan

Fakulti Pendidikan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Nadia. Saya merupakan seorang guru sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia dan juga merupakan tutor yang berdedikasi dan berpengalaman selama 6 tahun tahun dalam mendidik pelajar pra sekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah. Subjek Bahasa Melayu, Pendidikan Islam, Sejarah dan Bahasa Arab merupakan subjek major saya dalam dunia pendidikan, manakala Geografi, Sains, Pengajian Am dan Matematik merupakan subjek minor. Berkemahiran dalam penyusunan rancangan pembelajaran, menganalisis soalan peperiksaan dan teknik menjawab kertas peperiksaan mengikut skema jawapan pemeriksa menjadikan saya seorang pendidik yang dapat melahirkan ramai pelajar yang berakhlak, berdisiplin dan cemerlang. Saya juga pernah mengendalikan seminar buat calon SPM di sekolah saya. Saya juga berkebolehan dalam meningkatkan motivasi dan disiplin dalam kalangan pelajar. Nak anak skor cemerlang serta tingkatkan keyakinan anak anda? Hubungi saya hari ini.
Teknik Pengajaran
Berpengalaman selama 7 tahun dalam industri pendidikan tutor one to one serta 5 tahun dalam pendidikan institusi persekolahan, saya menerapkan teknik-teknik yang menarik berdasarkan kepada keupayaan para pelajar mengikut perkembangan Pembelajaran Abad ke-21. Saya juga mengaplikasikan teknik didik hibur, pembelajaran yang santai dan penilaian serta pengukuhan setiap kali sesi pembelajaran dalam mencapai objektif pembelajaran. Pendekatan peta minda dan kuiz alam maya merupakan kepakaran saya bergantung kepada keperluan subjek. Pelbagai pendekatan saya gunakan mengikut keupayaan pelajar untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar dan mencapai objektif pembelajaran. Teknik Analisis Soalan dan Teknik Menjawab Soalan bagi subjek Sejarah telah saya berjaya lakukan kepada pelajar yang pernah gagal Ujian Percubaan SPM dan mendapat keputusan B+ di dalam SPM 2017 dan ada pelajar mendapat keputusan A di dalam SPM 2019. Kepuasan anak-anak dalam mencapai kecemerlangan merupakan visi saya sebagai pendidik.
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Melayu Darjah 1, Tingkatan 1, Darjah 6, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Sains Darjah 1, Tingkatan 1, Darjah 6
P. Islam Darjah 1, Tingkatan 1, Darjah 6, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Bahasa Arab Darjah 1, Tingkatan 1, Darjah 6, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Mengaji - Iqra Darjah 1, Darjah 6
Prasekolah - 3M Darjah 1
Jawi Darjah 1, Darjah 6
Mengaji - Al-Quran Darjah 1, Mengaji, Tingkatan 1, Darjah 6, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Bahasa Arab - Third Language Darjah 1, Darjah 6
Sejarah Tingkatan 1, Darjah 6, Tingkatan 4, Tingkatan 5, STPM - Tingkatan 6
Geografi Tingkatan 1
Matematik Darjah 6
Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah Tingkatan 4, Tingkatan 5
Pendidikan Syariah Islamiah Tingkatan 4, Tingkatan 5
Tauhid KAFA - Darjah 6
Fekah KAFA - Darjah 6
Ulum syariah - Akidah KAFA - Darjah 6
Ulum syariah - Ibadah KAFA - Darjah 6
Sirah KAFA - Darjah 6
Jawi dan Khat KAFA - Darjah 6
Lughatul Quran KAFA - Darjah 6
Adab dan Sirah KAFA - Darjah 6
Pengajian Am STPM - Tingkatan 6