About Me
Salam Sejahtera. Saya Lily, saya seorang graduan sarjana muda dari Universiti Teknologi Mara (Uitm) dalam bidang Pengurusan Sistem Pejabat. Walaupun saya bukan dari latar belakang seorang tenaga pengajar tetapi saya sangat berminat dalam mengajar dan mendidik. Saya mempunyai pengalaman bekerja sambilan sebagai seorang Tutor Peribadi di Pontian Johor sewaktu cuti semester dan tamat pengajian. Saya menjadi tutor peripadi secara bersemuka mengajar murid yang berumur 4 sehingga 6 tahun. Subjek yang saya ajar adalah Bahasa Malaysia, English dan Matematik dan juga mandarin. Saya akan datang ke rumah pelajar dan menyediakan peralatan saya sendiri untuk mengajar murid murid tersebut. Saya percaya dengan pengalaman mengajar yang saya ada, saya mampu untuk mengajar pelajar saya dengan penuh bersemangat untuk memberikan ilmu yang bermanfaat dan membantu meningkatkan lagi prestasi pembelajaran mereka agar lebih cemerlang.
Teaching Method(s)
Tadika & Sekolah Rendah - Teknik Flash Card, Read Aloud, Dengar Lagu, Bermain dengan huruf, Aktiviti Suku Kata dan lain - lain.
Menengah - Soal Jawab, Sharing, Bercerita, menerangkan Konsep, Mind Maping, membuat latihan dan lain - lain