Saya seorang bakal guru yang baru sahaja menamatkan pengajiannya di peringkat Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan akan bergraduasi pada bulan disember 2024. Selain itu, saya juga merupakan bekas pelajar cemerlang SPM. Saya mempunyai pengalaman mengajar sebagai seorang guru praktikal dan guru ganti. Matlamat saya sebagai seorang tutor ialah membantu anak didik saya supaya mencapai keputusan yang cemerlang terutamanya dalam subjek sains dan kimia.
Teaching Method(s)
Kaedah mengajar saya akan disesuaikan dengan tahap dan keperluan anak didik saya.