About Me
Saya Cikgu Asmah. Saya merupakan pelajar lepasan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sumber Manusia dan lebih cenderung dalam bidang pendidikan. Selepas tamat pengajian, saya berkhidmat di beberapa buah sekolah menengah dan rendah sebagai guru ganti di bawah personel mystep. Saya diberi peluang mengajar beberapa subjek contohnya Bahasa Melayu, Sejarah dan Asas Sains Komputer. Apa jua subjek yang diberikan kepada saya, saya akan cuba sedaya saya menyampaikan ilmu kepada pelajar dengan efisyen dan mudah untuk difahami. Oleh yang demikian, dengan pengalaman yang ada membuatkan saya lebih yakin untuk meneruskan karier kerjaya saya dalam bidang pendidikan.
Teaching Method(s)
Saya berkemahiran dalam mengajar anak-anak murid di peringkat sekolah rendah dengan cara saya tersendiri. Saya mempunyai pelbagai jenis cara untuk menarik minat anak-anak untuk fokus dan memberi tumpuan sewaktu belajar. Saya mementingkan objektif pembelajaran dapat dicapai oleh semua pelajar. Tahap kefahaman pelajar dalam sesuatu topik adalah kunci utama dalam dunia pendidikan. Saya akan menggunakan teknik teknik yang sesuai bergantung pada keperluan. Peta minda dan latih tubi score A amat membantu pelajar dalam memahami dan menguasi sesuatu topik. Dengan pengalaman mengajar sebelum ini, saya dapat gunakannya sebagai rujukan dan penambahbaikkan dalam sesi pembelajaran.