Hai, nama saya Hidayah. Saya mempunyai minat yang mendalam dalam membantu pelajar mencapai potensi penuh mereka melalui pembelajaran yang efektif dan menyeronokkan. Walaupun saya tiada pengalaman formal dalam pengajaran, saya telah banyak terlibat dalam program mentor-mentee di sekolah. Saya percaya setiap pelajar berhak mendapat bimbingan yang positif.
Teaching Method(s)
Dalam pengajaran saya, saya mengutamakan pendekatan yang fleksibel dan interaktif, disesuaikan mengikut keperluan pelajar. Saya memberikan sokongan dan maklum balas yang positif untuk meningkatkan motivasi pelajar. Dengan menggunakan pelbagai teknik dan digital tools, saya memastikan pembelajaran menjadi lebih menarik dan bermakna. Saya juga percaya bahawa setiap pencapaian, sekecil mana pun, patut diraikan.