About Me
Salam sejahtera dan hai! Saya Tutor Izz, merupakan graduan daripada University of British Columbia, Kanada dalam bidang Earth and Ocean Science. Semasa di sekolah menengah, saya merupakan pelajar 'straight A' SPM dan menjadi pelajar contoh kepada rakan-rakan dengan menjadi guru muda untuk subjek matematik dan juga sains. Pada hujung minggu ketika saya masih di sekolah menengah, saya sering menerima pelajar untuk mengajar subjek sains dan matematik secara 'one-to-one'. Subjek seperti Sains, Matematik dan juga Geografi merupakan subjek yang sangat dekat dengan saya. Sebagai seorang yang pernah melalui zaman persekolahan, saya amat memahami tekanan yang sering dihadapi oleh pelajar pada masa kini dalam menghadapi cabaran untuk menjadi seorang pelajar yang terbaik. Oleh itu, saya mampu untuk memberikan motivasi dan kata-kata semangat demi kesihatan mental yang baik buat pelajar saya semasa sesi pembelajaran. Saya berharap dapat membantu sehabis baik buat pelajar yang memerlukan khidmat saya!
Teaching Method(s)
Teknik pembelajaran yang saya terapkan adalah bergantung kepada subjek yang diajar. Secara umumnya, saya sering melatih pelajar untuk menggunakan model soalan latihan bagi subjek sains dan juga matematik di samping menerangkan konsep yang perlu difahami sebelum menjawab soalan latihan. Manakala subjek yang memerlukan kepada banyak hafalan saya akan menggunakan teknik peta minda yang menarik dan juga ringkas. Walaubagaimanapun, saya juga akan memastikan teknik yang akan digunakan semasa sesi pembelajaran adalah sesuai dengan keupayaan dan kefahaman pelajar. Kemudahan teknologi seperti iPad akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk memudahkan sesi pembelajaran. Nota juga akan diberi bergantung kepada subjek yang diajar.