Profile Picture

Mohamad Azreen *******

(Online)

Sarjana Muda - Bahasa Melayu

Institut Pendidikan Guru (Ongoing Study)

kabong, Sarawak

Institut Perguruan

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya Cikgu Afiq. Saya merupakan guru pelatih tahun akhir di Institut Pendidikan Guru (IPG) dan berpengalaman berpraktikum di sekolah rendah. Subjek bahasa Melayu merupakan bidang utama saya manakala Reka Bentuk dan Teknologi merupakan bidang minor. Saya terlibat secara langsung sebagai pembina modul dalam pembinaan modul Kemahiran Bahasa bersama Yayasan Islam Pulau Pinang dan merupakan penceramah bagi pengaplikasian modul kepada seluruh tenaga pengajar sukarelawan Pulau Pinang di bawah YIPP. Selain itu, saya bergiat aktif dalam program literasi murid sekolah rendah Negeri Pulau Pinang dan merupakan tenaga pengajar bagi outreach bahasa Melayu di peringkat Pejabat Pendidikan Daerah dengan kerjasama IPGM. Saya bergiat aktif dalam pengucapan awam bermula di bangku sekolah dan yang terbaharu saya merangkul pengerusi terbaik dan naib johan dalam Forum Semarak Madani peringkat kebangsaan.
Teaching Method(s)
Pengajaran yang menerapkan didik hibur merupakan satu kaedah bagi menarik perhatian murid terhadap PdP yang dijalankan. Bahkan, pengajaran berpusatkan murid juga saya galakkan dalam PdP agar murid dapat membuat satu penerokaan terhadap PdP dengan bimbingan dan bantuan guru. Pengajaran yang melibatkan penggunaan digital seperti permainan akan digunapakai bagi menarik perhatian terutamanya permainan bahasa yang bertujuan meningkatkan pemahaman bahasa Melayu.
Subject
Subject School Level
Bahasa Melayu Darjah 5, Darjah 4, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Reka Bentuk dan Teknologi Darjah 4, Darjah 5
Pidato Darjah 6
3M Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Tadika, Darjah 6