About Me
Saya merupakan seorang graduan lulusan Universiti Kebangsaan Malaysia. Saya berminat untuk mengajar secara privasi agar dapat memberikan tumpuan kepada pelajar. Saya merupakan seorang yang ceria dan ramah tetapi tegas dalam mengajar bagi memastikan muria dapat menimba ilmu dengan lebih efisien. Saya juga seorang yang suka akan kanak-kanak dan sabar dalam mendidik.
Teaching Method(s)
Teknik belajar yang saya bakal serapkan ialah menyediakan bahan mengajar yang kreatif agar dapat menarik murid untuk menumpukan perhatian. Selain daripada itu, saya juga akan menggunakan kaedah akronim dan ringkasan agar murid mudah menghafal. Latihan yang berterusan akan diberikan agar murid lebih handal dalam menjawab soalan-soalan peperiksaan.